5H4M DALAT + HO CHI MINH VIETNAM

Ho Chi Minh City, dahulunya dikenali sebagai Saigon, merupakan bandar terbesar dan paling sibuk di Vietnam Selatan. Ia terkenal dengan gabungan unik antara budaya tradisional Vietnam dan gaya hidup moden yang penuh warna.

Sebagai pusat ekonomi dan pelancongan utama, Ho Chi Minh menawarkan pelbagai tarikan menarik — daripada bangunan bersejarah, pasar tempatan yang meriah, sehinggalah kafe moden dan pusat membeli-belah bertaraf antarabangsa.

INFO PAKEJ

JENIS PAKEJ

FULLBOARD

HARGA PAKEJ

Dari RM 5,000+

TEMPOH HARI

5 HARI 4 MALAM

NEGARA

VIETNAM

PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj, minyak, cukai penerbangan dan luggage 25kg seorang (pergi dan balik)
  • Penginapan hotel bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city tax)
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara
  • Pengangkutan kereta jeep di padang pasir, Mongoland dan Alphine Rollercoaster
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa
  • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional
  • Tip pemandu pelancong dan pemandu bus persiaran

PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Surcaj tambahan semasa musim perayaan, waktu puncak, dan cuti sekolah.

  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi, dan perkhidmatan porter.

  • Makanan, minuman, tiket lawatan, atau tempat tarikan yang tidak dinyatakan di dalam aturcara perjalanan.

  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi penerbangan.

  • Perkara lain selain daripada yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

MAKLUMAT HARGA

  • Umur kanak-kanak - bawah 12 tahun pada waktu penerbangan
  • Umur infant - bawah 2 tahun pada waktu penerbangan

Dewasa (Twin Sharing)

RM 5,000

Dewasa (Single)

RM 5,500

Kanak-Kanak (Dengan Katil)

RM 5,000

Kanak-Kanak (Dengan Katil)

RM 5,300

Bayi

RM 600

MAKLUMAT  TARIKH PENERBANGAN

TARIKH BERLEPAS MUSIM HARGA PENERBANGAN STATUS
16 Oct 2025 Luruh RM5,000 AirAsia Penuh
02 Dec 2025 Sejuk RM5,000 AirAsia Tersedia
14 Dec 2025 Sejuk RM5,000 AirAsia Tersedia

DAY 1: KUALA LUMPUR – HO CHI MINH – DALAT (MT/MM)

Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Ho Chi Minh dan bertolak ke Dalat. Tiba di Dalat:

  • Membeli belah di Dalat Night Market yang terkenal di Dalat. Pasar malam ini dipenuhi dengan gerai berwarna-warni yang menjual pelbagai makanan ringan tempatan, buahan segar, pakaian dan cenderahati. Bermalam di Dalat

DAY 2: DALAT (SP/MT/MM)

Lawatan di Dalat:

  • Clay Tunnel: Dibina pada tahun 2010, terowong ini dipenuhi dengan ukiran struktur binaan menggunakan tanah liat. Peserta boleh melihat pelbagai ukiran unik seperti bentuk haiwan, kapal terbang, keretapi dan lain-lain.
  • Mongoland: Taman bertemakan suasana Mongol ini dipenuhi dengan taman bunga, tasik dan miniatur yang mempunyai sudut yang menarik untuk bergambar. Anda boleh berinteraksi dengan haiwan peliharaan yang jinak di sini.
  • Datanla Waterfall: Rasai pengalaman menarik dengan menaiki kereta kabel untuk sampai ke air terjun. Sambil berehat melihat keindahan air terjun, peserta juga boleh menikmati kopi segar di cafe berhampiran.
  • Crazy House: Bangunan ini dicipta oleh seorang artis Vietnam berumur 79 tahun. Rumah gergasi ini menggabungkan konsep rumah dengan struktur pokok, dahan gergasi dan alam semulajadi seperti haiwan, cendawan, sarang labah-labah dan gua.
  • Dalat Flower Garden: Taman bunga ini mempunyai keluasan 7000 meter persegi dan mempunyai lebih 300 spesis bunga hidup yang sangat cantik, menjadi destinasi wajib untuk mereka yang bercuti ke Dalat. Bermalam di Dalat.

DAY 3: DALAT - MUINE - HO CHI MINH (SP/MT/MM)

Lawatan di Muine:

  • Mui Ne Sand Dunes: Tempat ini menjadi tarikan pelancong untuk bersantai dan menikmati pengalaman menaiki jeep atas pasir. Padang pasir ini memiliki dua kawasan terdiri daripada Bukit Pasir Merah dan Bukit Pasir Putih. Bukit Pasir Merah terkenal dengan pasir berwarna merah dan oren, menghasilkan landskap yang menyerupai padang pasir, manakala Bukit Pasir Putih pula lebih besar dan agak jauh dari bandar Mui Ne.
  • Singgah berhenti di Fisherman Village untuk berehat. Tempat ini merupakan kawasan persisiran laut yang menjual pelbagai jenis ikan dan hidupan laut yang lain.
  • Bersolat di Masjid Nourul Ehsaan. Masjid ini juga merupakan tempat persinggahan sementara untuk orang tempatan mempelajari ilmu agama Islam.Bermalam di Ho Chi Minh.

DAY 4: HO CHI MINH (SP)

Tetamu bebas melakukan aktiviti sendiri seperti membeli-belah di pasar Ben Thanh Market dan sekeliling atau melawat Mekong Delta dan Chu Chi Tunnel. Bermalam di Ho Chi Minh

DAY 5: HO CHI MINH (SP)

Membeli belah saat akhir di sekitar kawasan Ben Thanh Market. Disini juga terdapat jalan yang dikenali sebagai Malaysian Street yang menjadi tumpuan pelancong Malaysia. Jalan ini menjual pelbagai baju, kain, telekung, kain dan lain-lain. Selain itu, di jalan ini juga terdapat banyak restoran menjual makanan yang dijamin halal. Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.